End of Day Price

MBSB (1171)

Untung MBSB Meningkat 81%

BackOct 31, 2011

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2011 - Kumpulan MBSB mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM241.6 juta bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2011, peningkatan sebanyak 81% berbanding keuntungan bersih sebanyak RM133.2 juta dalam tempoh yang sama tahun 2010. Keuntungan sebelum cukai meningkat sebanyak 142% kepada RM327.1 juta berbanding tempoh masa yang sama tahun lepas. Ini telah menyumbang kepada peningkatan perolehan sesaham sebanyak 27.65 sen dan pulangan ekuiti tahunan sebanyak 45%.

Berasaskan suku tahunan, Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM95.1 juta untuk suku ketiga 2011 berbanding keuntungan bersih suku kedua sebanyak RM78.2 juta.

Peningkatan keuntungan adalah hasil daripada penambahan pendapatan dari operasi perbankan Islam, pendapatan faedah bersih perbankan konvensional yang bertambah dan pendapatan operasi lain. Sebahagiannya selepas ditolak dari elaun susut nilai bagi pembiayaan dan perbelanjaan operasi lain yang lebih tinggi.

Pendapatan yang lebih kukuh dicatatkan bagi suku ketiga 2011 adalah hasil daripada peningkatan aset pembiayaan pengguna dengan jumlah pembiayaan kasar Pembiayaan Peribadi yang meningkat sebanyak 98%. MBSB akan terus menyediakan Pembiayaan Peribadi kepada penjawat-penjawat awam dengan tawaran pakej-pakej yang lebih menarik dan menggabungkannya bersama produk wasiat serta Takaful. Penggabungan produk ini telah banyak membantu meningkatkan pendapatan berasaskan yuran. MBSB turut mencatatkan perkembangan bagi segmen bernilai tinggi bagi produk pinjaman perumahannya iaitu produk Ultimate yang telah dilancarkan pada akhir 2010.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Ahmad Zaini Othman berkata, "Kami percaya bahawa segmen pinjaman perumahan bukan hanya bersandarkan kadar faedah tetapi mengenai tempoh dan kepuasan perkhidmatan pelanggan".

Setakat 30 September 2011, pembiayaan bersih, pendahuluan, dan pembiayaan adalah sebanyak RM14.5 billion, peningkatan sebanyak 35% berbanding RM10.7 billion pada 31 Disember 2010. Deposit berjumlah RM13.5 billion pada 30 September 2011 meningkat sebanyak 29% daripada 31 Disember 2010 yang berjumlah RM10.5 billion.

Pertumbuhan dalam aset korporat juga telah menunjukkan peningkatan yang berterusan dan ini disumbangkan oleh produk Pembiayaan Projek dan Pembiayaan Kontrak. Penglibatan syarikat dalam Projek Inisiatif Kewangan Swasta, terutamanya dalam sektor seperti pendidikan juga telah menunjukkan momentum. Dalam tempoh suku ketiga 2011, MBSB juga telah membuka sebuah cawangan baru dan dua pejabat pemasaran, kesemuanya di negeri Selangor, Johor dan Perak. Ini membolehkan MBSB meluaskan rangkaian perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya.

Tambah beliau lagi, "Kami berada di landasan yang tepat dan program tranformasi yang kami mulakan sejak hampir tiga tahun yang lalu mula menunjukkan hasil yang positif dan kami percaya ianya akan berterusan hingga ke akhir tahun ini".

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:-

Azlina Mohd Rashad
Ketua, Perancangan Korporat dan Komunikasi
Malaysia Building Society Berhad
Tel: 03-2096 3003/012-3852240
Faks: 03-2095 4268
Alamat emel: azlinarashad@mbsb.com.my