End of Day Price

MBSB (1171)

MBSB Meterai Perjanjian Usahasama Bernilai Rm1 Billion Dengan CAGAMAS

BackNov 16, 2011

Kuala Lumpur, 16 November 2011 - Malaysia Building Society Bhd (MBSB) hari ini mengumumkan bahawa satu perjanjian bernilai RM1.0 billion telah ditandatangani bagi kemudahan bersandarkan sekuriti daripada Cagamas yang disediakan oleh Maybank Bhd, Affin Bank Bhd, RHB Bank Bhd dan AmBank Bhd untuk Pembiayaaan Peribadi & Pembiayaan Perumahan Konvensional.

Ini merupakan kerjasama kali kedua MBSB dengan Cagamas untuk melaksanakan pemerolehan dana bagi tempoh tiga tahun ini. Pada tahun 2009, perjanjian seumpama ini juga telah dilaksanakan berjumlah RM1.0 billion. Dalam satu kenyataan, Dato' Ahmad Zaini Othman, Ketua Pegawai Eksekutif MBSB berkata, "Tambahan kemudahan RM1.0 billion ini akan digunakan untuk menyokong perkembangan perniagaan MBSB yang begitu memberangsangkan ketika ini dan kami percaya ini adalah hasil daripada program transformasi yang direncanakan hampir tiga tahun yang lalu".

MBSB akan menggunakan dana ini untuk meningkatkan lagi pertambahan aset runcit, Pembiayaan Peribadi-i dan Pembiayaan Perumahan. Produk Pembiayaan Peribadi-i telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penjawat awam sejak memasuki semula pasaran pada awal tahun 2009. Ini adalah hasil daripada tawaran menarik pakej pembiayaan yang disertakan dengan produk takaful dan plan penulisan wasiat. Peningkatan positif juga telah mula dapat dilihat terhadap segmen pasaran bernilai tinggi untuk Pembiayaan Perumahan iaitu "Mortgage Ultimate" yang telah mula mendapat sambutan. Dengan pertambahan rangkaian cawangan dalam tempoh setahun ini daripada 36 cawangan dan pejabat wakil jualan yang telah bertambah kepada 44, MBSB berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai sasaran perancangan perniagaan.

MBSB yakin dengan dana tambahan ini syarikat berupaya untuk mengukuhkan program pembiayaan yang dijalankan menyamai kadar asset kepada liabiliti. Bagi strategi untuk meningkatkan pasaran Pembiayaan Peribadi-i dan Pembiayaan Perumahan, MBSB akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pembangunan produk dan terus melaksanakan kempen pemasaran yang baru dan dinamik.

MBSB melaporkan peningkatan untung sebelum cukai sebanyak 142% untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2011 iaitu sebanyak RM327.1 juta berbanding untuk tempoh yang sama bagi tahun 2010. Pendapatan yang kukuh ini adalah disebabkan oleh peningkatan asset runcit yang mana segmen Pembiayaan Peribadi-i telah menunjukkan peningkatan sebanyak 98% dari segi pinjaman kasar.

Ahmad Zaini menegaskan bahawa inisiatif yang dilaksanakan oleh MBSB ini, akan diteruskan dan memberi fokus kepada peningkatan nilai aset, kecekapan dan keberkesanan proses operasi, pembangunan modal insan dan pengukuhan rangka kerja pengurusan risiko.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Azlina Mohd Rashad
Head, Coporate Planning & Communication Division
Malaysia Building Society Berhad
Tel: 03- 2096 3003/012-3852240
Fax: 03-2096 4268
E-mail: azlinarashad@mbsb.com.my